Nota penting untuk pengeluaran ETH : Marketplace menggunakan kontrak pintar (smart contract) untuk menguruskan mata wang kripto. Sila semak destinasi pengeluaran anda sama ada menerima deposit berasaskan kontrak pintar. Ia biasanya dimaklumkan di laman platform destinasi deposit.
Jika anda menghantar ETH ke destinasi yang tidak menyokong deposit berasaskan kontrak pintar, anda harus menghubungi operator mereka untuk menguruskan ETH anda. Kebanyakan platform menyokong kaedah deposit seperti ini, tetapi sejumlah kecil tidak.
1. Di bahagian kanan atas skrin, klik seksyen "Funding" (Pendanaan) (Bulatan merah dalam tangkap layar (screenshot) di atas).
2. Klik tab "Withdrawal" (Pengeluaran), dan klik senarai lungsurbawah (drop-down list) "Currency Type" (Jenis Mata Wang) (Dalam bulatan merah) dan pilih "Digital Asset" (Aset Digital), jika ia belum terpilih.
3. Kemudian, klik senarai lungsurbawah "Currency" (Mata Wang) yang terletak di sebelah kanan dan pilih mata wang kripto yang ingin dikeluarkan.
4. Dalam ruang "Amount" (Jumlah) (Bulatan merah di atas), masukkan jumlah pengeluaran yang tepat.
5. Semak ruang "Details" (Butiran) di bahagian kanan (Bulatan merah di atas) untuk memastikan jumlah yang betul, serta kiraan fi rangkaian.
Nota: Jumlah pengeluaran akan sepadan dengan jumlah yang anda letak dalam ruang "Amount" (Jumlah) yang telah ditolak fi rangkaian.
Fi rangkaian akan ditolak daripada jumlah pengeluaran. Jika baki tidak mencukupi, sistem akan melarang anda daripada meneruskan pengeluaran.
6. Dalam ruang "Wallet Address" (Alamat Dompet) (Bulatan merah di atas), isi alamat dompet untuk pengeluaran anda.
Penting: Semak dan pastikan anda masukkan alamat dompet yang betul. Anda disarankan untuk salin dan tampal (copy and paste) alamat dompet anda ke dalam ruang tersebut.
7. Tekan butang "Submit" (Hantar) yang berwarna hijau.
8. Skrin akan mempaparkan maklumat untuk disemak sekali lagi. Sekiranya semua betul dan tepat, klik butang "Confirm" (Sahkan) yang berwarna hijau.
9. Paparan seperti di atas akan muncul. Klik butang "Request Code" (Minta Kod) yang berwarna biru.
10. Sistem akan menghantar kod dalam e-mel yang didaftarkan bersama Marketplace. E-mel adalah seperti berikut:
11. Sila semak e-mel dan salin kod (Contoh dalam bulatan merah di atas) dan tampal ke ruang "Authorization Code" (Kod Pengesahan) (Contoh dalam bulatan merah di atas).
12. Aktifkan aplikasi Google Authenticator anda dan taip masuk kod 2FA dalam ruang "Two Factor Authentication Code" (Kod Pengesahan Dua-Faktor) seperti di bawah:
13.Klik butang "Withdraw" (Pengeluaran) yang berwarna merah.
Tahniah, anda berjaya membuat pengeluaran!
Semua pengeluaran mata wang kripto diproses serta merta dan akan masuk ke dompet destinasi bergantung kepada rangkaian.
Namun begitu, pengeluaran biasanya akan lewat hingga 3 hari semasa waktu sesak rangkaian. Ini adalah situasi global dan Marketplace tidak dapat mempercepatkan waktu penghantaran.