Sila ke langkah seterusnya jika anda telah melengkapkan:
Langkah 2: Bagaimana Caranya untuk Sahkan Akaun Baharu anda?
Jika belum, klik capaian di atas untuk lengkapkan langkah tersebut dahulu.
Artikel ini akan membimbing anda untuk melengkapkan proses pengesahan pengecaman wajah melalui telefon pintar anda.
Jika anda ingin melakukan proses ini menggunakan komputer, sila rujuk artikel ini.
Jika sudah, teruskan membaca artikel ini.
1. Pastikan anda memiliki:
a. Siap sedia dengan telefon pintar
b. Cahaya yang mencukupi untuk mengambil swafoto wajah anda dengan jelas
2. Pastikan paparan skrin anda menunjukkan “Submit identity card (front)” (Hantar kad pengenalan (Depan) daripada langkah yang sebelumnya (Langkah 2: Bagaimana Caranya untuk Sahkan Akaun Baharu anda?)
Klik butang yang berwarna biru “Continue on phone” (Sambung melalui telefon).
3. Skrin akan menunjukkan proses seterusnya. Klik butang biru “Get secure link” (Dapatkan capaian selamat).
4. Kod QR akan muncul. Imbas kod tersebut dengan pengimbas QR telefon pintar anda.
(Panduan untuk mengimbas kod QR disediakan dengan menekan capaian “How to scan a QR code” (Bagaimana mengimbas kod QR).
5. Setelah imbasan kod QR berjaya, skrin komputer anda akan menunjukkan paparan di bawah:
6. Telefon pintar anda akan meminta kebenaran atau secara automatik untuk membuka laman web seperti di bawah:
Tekan butang yang berwarna biru “Take photo” (Ambil foto).
7. Kamera telefon anda akan diaktifkan. Sila ambil foto bahagian hadapan dokumen pengenalan (Cth.: IC, pasport, dsbg.) yang jelas menunjukkan wajah dan nama anda dengan jelas.
Anda disyorkan untuk:
a. Foto diambil dalam keadaan yang terang dan jelas.
b. Terdapat ruang di sekeliling dokumen pengenalan. Sila pastikan anda dapat lihat bahagian bucu/sisi dokumen pengenalan dengan jelas. (Contoh seperti di bawah.)
Tekan butang “OK” setelah gambar diambil atau butang “Retry” (Cuba lagi) jika ingin mengambil gambar baharu.
8. Laman tersebut akan meminta untuk mengambil foto bahagian belakang dokumen pengenalan anda.
Nota: Jika dokumen pengenalan anda adalah pasport, ia tidak akan meminta gambar bahagian belakang dokumen pengenalan. Oleh yang demikian, sila langkau ke Langkah 11.
Tekan butang yang berwarna biru “Take photo” (Ambil foto).
9. Kamera telefon anda akan diaktifkan semula. Sila ambil foto bahagian belakang dokumen pengenalan yang menunjukkan nombor pengenalan anda dengan jelas.
Anda disyorkan untuk:
a. Foto diambil dalam keadaan yang terang dan jelas.
b. Terdapat ruang di sekeliling dokumen pengenalan. Sila pastikan anda dapat lihat bahagian bucu/sisi dokumen pengenalan dengan jelas. (Contoh seperti di bawah.)
Tekan butang “OK” setelah gambar diambil atau butang “Retry” (Cuba lagi) jika ingin mengambil gambar baharu.
10. Jika semuanya OK, tekan butang yang berwarna biru “Confirm” (Sahkan).
11. Untuk langkah seterusnya, laman tersebut akan memaklumkan anda bahawa swafoto diperlukan. Sila baca panduan ini dengan teliti.
Tekan butang berwarna biru “Continue” (Sambung).
12. Laman akan meminta kebenaran untuk mengakses kamera anda.
Tekan butang berwarna biru “Enable camera” (Benarkan kamera) untuk teruskan.
13. Selepas itu, telefon anda mungkin akan meminta kebenaran sekali lagi untuk menggunakan kamera anda.
Tekan butang “Allow” (Benarkan).
Kemudian, pastikan wajah anda berada di bahagian tengah dalam bulatan dan tekan butang bulat kamera.
14. Ia akan membawa anda ke laman pengesahan.
Jika anda berpuas hati dengan hasil swafoto (Pastikan foto menunjukkan wajah anda dengan terang dan jelas), tekan butang yang berwarna biru “Confirm” (Sahkan).
Jika anda tidak berpuas hati, klik butang “Redo” (Buat semula).
15. Setelah gambar anda dimuat naik, laman tersebut akan meminta untuk ditutup dan anda boleh kembali ke komputer.
16. Paparan komputer akan menunjukkan sistem bersedia untuk menghantar permohonan anda.
Klik butang yang berwarna biru “Submit verification” (Hantar pengesahan).
17. Setelah selesai, laman akaun anda akan menunjukkan status menunggu pengesahan.
18. Itu sahaja untuk pengesahan akaun anda! Setelah pasukan pematuhan kami membuat semakan, anda akan dimaklumkan melalui e-mel ATAU anda boleh log masuk akaun dari semasa ke semasa.
Setelah pengesahan dilakukan oleh pasukan pematuhan kami, langkah seterusnya adalah untuk membuat deposit mata wang MYR. Panduan seterusnya akan membantu anda: Langkah 3: Bagaimana caranya untuk Deposit Ringgit Malaysia (MYR)?