Syarikat yang ingin membuka akaun korporat harus mendaftar di sini: https://marketplace.sinegy.com/sign-up
Kemudian, klik tab "Corporate Account" (Akaun Korporat).
Sebelum langkah selanjutnya, sediakan dokumen berikut untuk dimuat naik dalam proses ini:
1) Dokumen Pemerbadanan Syarikat yang terdiri daripada:
a) Dokumen pemerbadanan syarikat yang digabungkan - Superform;
b) Sijil Pemerbadanan yang dikeluarkan oleh SSM
atau
a) Sijil Pemerbadanan yang dikeluarkan oleh SSM - Borang 9;
b) Notis Daftar alamat dan alamat perniagaan - Borang 44;
c) Notis Daftar Pengarah - Borang 49;
d) Memorandum dan Artikel Persatuan - M&A
4) Bukti Nama Perniagaan ( laman web, kepala surat syarikat)
5) Bukti alamat perniagaan (Contoh seperti: Bil utiliti atau penyata bank)
6) Imbasan pengenalan diri dan bukti alamat setiap Pengarah, serta individu yang menguruskan akaun SINEGY
7) Imbasan pengenalan diri dan bukti alamat setiap Pemegang Saham yang memiliki 10% atau lebih kuasa mengundi
8) Swafoto setiap Pemegang Saham, Pengarah dan Wakil Sah memegang Kad Pengenalan atau Pasport DAN memegang nota bertulis "Untuk SINEGY" dengan tarikh semasa (cth. Untuk SINEGY 12-12-17)
9*) Company Resolution (Resolusi Syarikat) yang ditandatangani oleh Pengarah menamakan individu yang bertanggungjawab untuk menguruskan akaun SINEGY
10*) Pengisytiharan sumber dana (Jualan Token, Pelaburan pihak ke-tiga, Pendapatan Syarikat, Gaji, sbg.) dan Designated Wallet Address(Alamat Dompet Ditetapkan).
11*) Bukti Sumber Dana Syarikat dan semua Pengarah/Pemegang Saham yang memegang 25% atau lebih syer dalam syarikat. 6 bulan Penyata Bank atau penyata cukai adalah wajib dan bukti dokumen sumber dana yang diisytiharkan di atas.
* Contoh akan diberikan atas permintaan.