Selamat datang ke artikel pertama dalam Panduan Berdagang Langkah-Demi-Langkah.
Ini adalah panduan untuk membeli mata wang kripto dengan segera pada harga pasaran.
Jika anda ingin baca tentang cara lain berdagang, anda boleh langkau ke panduan berikut:
- Artikel 2: Bagaimana membeli Mata Wang Kripto pada Harga yang anda tetapkan?
- Artikel 3: Bagaimana menjual Mata Wang Kripto dengan segera pada Harga Pasaran?
- Artikel 4: Bagaimana menjual Mata Wang Kripto pada Harga yang anda tetapkan?
Jika tidak, teruskan membaca.
Andai kata anda ingin membeli 1 BTC segera pada harga semasa pasaran (market price):
1. Pastikan anda berada di laman "Exchange" (Bursa).
2. Klik tab "Market Order" (Pesanan Pasaran) dan klik "Market Buy". Ini bermakna, anda membeli mengikut harga semasa pasaran. (Harga BTC yang paling murah sedang dijual)
Dengan ini, anda menjadi "Market Taker" kerana membeli daripada pesanan sedia ada dalam buku pesanan.
Oleh kerana itu, anda membayar fi 'taker' (0.5% ketika artikel ini ditulis).
3. Kemudian letak jumlah BTC yang ingin dibeli dalam ruang "Amount" (Jumlah). Tekan butang "Buy BTC" (Beli BTC) yang berwarna hijau.
4. Setelah pesanan anda berjaya dilaksanakan, mesej yang berwarna hijau seperti di bawah akan muncul di bahagian kanan skrin:
5. Selesai! Anda berjaya membeli mata wang kripto.