Selamat datang ke artikel kedua dalam Panduan Berdagang Langkah-Demi-Langkah.
Ini adalah panduan untuk membeli mata wang kripto pada harga yang anda tetapkan.
Jika anda ingin baca tentang cara lain berdagang, anda boleh langkau ke panduan berikut:
- Artikel 1: Bagaimana membeli Mata Wang Kripto dengan segera pada Harga Pasaran?
- Artikel 3: Bagaimana menjual Mata Wang Kripto dengan segera pada Harga Pasaran?
- Artikel 4: Bagaimana menjual Mata Wang Kripto pada Harga yang anda tetapkan?
Jika tidak, teruskan membaca.
Andai kata anda ingin membeli 1 BTC pada harga yang anda tetapkan:
1. Pastikan anda berada di laman "Exchange" (Bursa).
2. Pertama sekali, nota ringkas tentang maksud harga di bahagian 'bid' (bida) dan 'ask' (tawar) dalam buku pesanan (orderbook):
Bid side (Ruang Bida) =
i. Di bahagian kiri buku pesanan dengan nombor yang berwarna hijau.
ii. Harga termahal di bahagian 'bid' (bida) menunjukkan harga tertinggi mata wang kripto yang sanggup dibayar oleh pembeli - ia sentiasa berada di baris teratas. Diikuti harga termurah mengikut giliran menurun.
Ask side (Ruang Tawar) =
i. Di bahagian kanan buku pesanan dengan nombor yang berwarna merah.
ii. Harga termurah di bahagian 'ask' (tawar) menunjukkan harga terendah mata wang kripto yang sanggup diterima oleh penjual - ia sentiasa berada di baris teratas. Diikuti harga termahal mengikut giliran menaik.
Untuk tetapkan harga, anda boleh:
a. Taip harga (per 1 unit mata wang kripto - Cth. 1 BTC atau 1 ETH) yang anda sanggup bayar di ruang "Price" (Harga).
Nota*: Harga yang anda tetapkan harus lebih murah daripada harga terendah yang dipaparkan di bahagian 'ask' (tawar) buku pesanan. Jika anda tetapkan harga lebih mahal daripada itu, pesanan anda akan dibeli pada harga terendah yang ditawarkan secara automatik. Oleh kerana anda membeli dengan segera daripada pesanan sedia ada, anda menjadi "Market Taker" dan dikenakan fi 'taker' (0.5% ketika artikel ini ditulis).
b. Pilih mana-mana harga yang berada di bahagian 'bid' (bida) buku pesanan. Ini bermakna anda mengikuti harga pesanan sedia ada.
Dengan itu, anda menjadi "Market Maker" kerana anda membuat pesanan dan menunggu pedagang lain untuk menjual.
Oleh kerana itu, anda membekalkan kecairan dan akan menerima rebat maker (0.25% ketika artikel ditulis).
Untuk maklumat lanjut tentang Market Makers, Market Takers & rebat/fi, sila rujuk artikel ini.
Langkah 5 : Bagaimana Caranya untuk Mula Berdagang - Gambaran Keseluruhan
3. Kemudian, letak jumlah BTC yang dikehendaki di ruang "Amount" (Jumlah). Tekan butang "Buy BTC" (Beli BTC) yang berwarna hijau.
4. Setelah pesanan anda berjaya dilaksanakan, mesej yang berwarna hijau seperti di bawah akan muncul di bahagian kanan skrin:
5. Selesai! Anda berjaya membeli mata wang kripto pada harga yang anda tetapkan.