1. Pesanan pasaran (market order) adalah pesanan jual atau beli yang dilaksanakan serta merta pada harga semasa pasaran (market price).
a. Harga semasa pasaran untuk membeli kripto ditentukan oleh harga 'Ask' (Tawar) teratas dalam buku pesanan (orderbook).
b. Harga semasa pasaran untuk menjual kripto ditentukan oleh harga 'Bid' (Bida) teratas dalam buku pesanan (orderbook).
Dalam tangkap layar (screenshot) di bawah, harga 'Bid' (Bida) teratas adalah MYR154,001.00 dan harga 'Ask' (Tawar) teratas adalah MYR155,000.00:
2. Selagi wujud pesanan jual beli dalam buku pesanan, pesanan pasaran akan dilaksanakan. Pesanan pasaran digunakan untuk pedagang yang lebih gemarkan cara jual/beli segera daripada jual atau beli mengikut harga tertentu.
3. Pedagang yang menggunakan pesanan pasaran tidak boleh menetapkan harga. Pesanan akan dilaksanakan mengikut harga sedia ada ketika pesanan dibuat.
4. Pesanan pasaran adalah pesanan 'taker' kerana ia dilaksanakan serta merta mengikut pesanan sedia ada dalam buku pesanan. Ini bermakna, pedagang akan membayar fi 'taker' semasa pesanan dilaksanakan.
Penting:
1. Pesanan pasaran mungkin akan mengambil pesanan yang pelbagai semasa transaksi, menyebabkan perbezaan harga semasa ia dilaksanakan.
Tangkap layar di atas sebagai contoh:
a. Jika pedagang membuat pesanan pasaran untuk membeli 0.13 BTC, dia akan membayar semua pesanan seperti di bawah (Dalam petak yang berwarna merah di atas):
i. RM155,000.00 x 0.097 BTC = RM15,035.00
ii. RM156,000.00 x 0.003 BTC = RM468.00
iii. RM157,750.00 x 0.01 BTC = RM1,577.50
iv. RM158,000.00 x 0.01 BTC = RM1,580.00
v. RM158,750.00 x 0.01 BTC = RM1,587.50
Jumlah kesemua BTC yang disenaraikan di atas adalah lebih dari 0.13 BTC, di mana sistem akan membuat padanan mengikut jumlah yang ingin dibeli oleh pedagang. Jumlah boleh disemak di ruang "Total" ("Jumlah") dalam buku pesanan.
Jumlah keseluruhan yang harus dibayar adalah : RM20,248.00.
Kesimpulan: Jika harga pasaran adalah RM155,000, ia hanya cukup untuk 0.097BTC sahaja. Harga yang lain bergantung kepada giliran seterusnya pesanan tersebut.
2. Semasa pasaran bergerak pantas, harga yang dibayar atau diterima mungkin berubah daripada kiraan harga sebelum pesanan dibuat. Ini kerana wujud ruang masa di antara pedagang semasa menekan butang Buy/Sell (Beli/Jual) dengan pesanan sampai ke pelayan untuk diproses - tempoh ruang masa dalam milisaat - kerana ramai pedagang melaksanakan pesanan pada masa yang sama.