Gunakan dompet peribadi (private wallet) - Cara yang selamat untuk menyimpan mata wang kripto anda adalah dengan menggunakan dompet peribadi, terutama dompet sejuk (cold wallet). Dompet seperti ini melindungi anda dari kegagalan komputer atau kecurian dan mencegah kehilangan mata wang kripto anda.
Sulitkan (encrypt) dompet anda - Gunakan kata laluan yang sukar (Jangan simpan kata laluan dalam sebarang bentuk elektronik), sulitkan kekunci peribadi (private keys) anda dan simpan ia di tempat selamat. Sebarang dokumen atau fail yang disimpan dalam komputer terdedah kepada risiko kecurian, penyulitan kekunci peribadi adalah tindakan yang bijak.
Buat sandaran (back up) kekunci peribadi / dompet anda - Tiada cara untuk mendapatkan semula kekunci peribadi yang hilang untuk dompet anda. Apabila ia hilang, ia tidak dapat dipulihkan. Kami cadangkan untuk anda simpan kekunci peribadi tersulit [diperlukan untuk membuka dompet anda] dalam pelbagai peranti di lokasi berbeza.
Dompet luar talian - Salah satu cara selamat untuk menyimpan mata wang kripto anda adalah dengan menggunakan dompet peranti luar talian (offline hardware wallet) - ia berbentuk seperti peranti USB yang melindungi kekunci peribadi anda dan hanya boleh diakses ketika disambungkan dengan komputer anda. Kata laluan atau PIN diperlukan untuk mengakses peranti tersebut. Tanpa memiliki peranti dan kata laluan/PIN, pencuri tidak dapat mengakses kekunci peribadi anda.
Untuk makluman, Marketplace membekalkan dompet untuk semua pengguna kami.