1. Setelah anda selesai log masuk, klik tab "Account" (Akaun) di bahagian atas kanan.
2. Seterusnya, klik tab "Bank Information" (Informasi Bank) di bahagian kiri skrin.
3. Seterusnya, klik butang "Add New Bank Account" (Tambah Akaun Bank Baharu) yang berwarna biru di bahagian kanan.
4. Seterusnya, pilih bank anda daripada senarai nama bank lungsurbawah (drop-down list) yang tersedia.
5. Selepas itu, isi nombor akaun anda dalam ruang "Bank Account Number" (Nombor Akaun Bank). Klik butang "Save" (Simpan) yang berwarna hijau.
6. Jika anda ingin tambah lebih akaun bank, sila klik "Add Bank Account +" (Tambah Akaun Bank +) yang berwarna biru di bahagian kanan skrin.
7. Langkah untuk membuat tambahan akaun bank sama seperti langkah menambah akaun bank baharu. Jadi, ulang Langkah 4 dan 5 di atas.