Terdapat beberapa sebab deposit atau pengeluaran akan ditolak:
MATA WANG FIAT
Deposit Ditolak:
1. Kami belum terima dana anda.
Nota: Untuk deposit anda disahkan, dana perlu diterima masuk ke dalam akaun bank kami.
2. Dana yang dipindahkan dari akaun bank yang bukan didaftarkan atas nama anda. Oleh kerana syarat AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram) yang dikuatkuasa oleh Bank Negara Malaysia, pengesahan ini tidak boleh dibenarkan. Jika berlaku, kami akan membuat pindahan kembali ke akaun bank asal dan memaklumkan anda melalui e-mel.
3. Anda memaklumkan bahawa kaedah pindahan yang dilakukan adalah "DuitNow/IBG", tetapi anda sebenarnya menggunakan "International Wire Transfer" (Pindahan Kawat Antarabangsa). Pasukan kami tidak dapat mengesahkan dana tersebut diterima ke dalam akaun bank berdasarkan jangka masa kaedah pindahan 'international wire transfer' (pindahan kawat antarabangsa) akan mengambil masa antara 3 - 5 hari) dan akan memutuskan bahawa dana tidak dipindahkan.
4. Dana yang dipindahkan melalui 'international wire transfer' (pindahan kawat antarabangsa) tetapi maklumat bank pengantara tidak dikemaskini di Marketplace.
Untuk membuat kemaskini maklumat bank pengantara:
a) Sila log masuk ke dalam akaun anda.
b) Klik tab "Account" (Akaun) di bahagian atas kanan laman.
c) Pergi ke "Bank Information" (Maklumat Bank) -> Klik tab "Intermediary Bank Info (Optional)" (Maklumat Bank Pengantara (Tidak Wajib)).
d) Lengkapkan maklumat anda dan klik "Save" (Simpan).
5. Jumlah deposit melebihi had dibenarkan. Sila rujuk artikel tentang had di sini:
https://sinegy.zendesk.com/hc/en-us/articles/6700052292249-Had-deposit-dan-pengeluaran-mata-wang-kripto
Pengeluaran Ditolak:
1. Nama yang didaftarkan atas akaun bank penerima berbeza dengan nama yang ditunjukkan oleh bank semasa proses pengeluaran. Oleh kerana syarat AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram) yang dikuatkuasa oleh Bank Negara Malaysia, pengeluaran tidak dapat dibenarkan.
2. Maklumat bank yang diberikan tidak tepat/tidak lengkap/tidak wujud.
3. Jumlah pengeluaran kurang daripada caj dikenakan oleh bank untuk pengeluaran.
4. Jumlah pengeluaran melebihi had dibenarkan. Sila rujuk artikel tentang had di sini:
https://sinegy.zendesk.com/hc/en-us/articles/6700052292249-Had-deposit-dan-pengeluaran-mata-wang-kripto
MATA WANG KRIPTO
Deposit Ditolak:
1. Kami tidak menerima mata wang kripto anda.
Nota: Untuk deposit anda disahkan, kami perlu menerima masuk mata wang kripto ke dalam dompet (wallet) kami.
2. Mata wang kripto yang tidak serasi dihantar ke dompet yang salah. Contohnya, anda hantar token ICO ke dompet ETH SINEGY, ETH ke dompet BTC SINEGY, BTC ke dompet ETH SINEGY, dsb.
Tiga senario yang mungkin berlaku berdasarkan mata wang kripto yang dihantar:
a. Mata wang kripto anda ditolak dan dihantar kembali secara automatik oleh dompet kami.
b. Mata wang kripto anda adalah token yang tidak dikenali dalam dompet kami dan pengeluaran secara manual perlu dilakukan. Sila hubungi khidmat pelanggan kami untuk bantuan.
c. Mata wang kripto anda hilang. Tiada tindakan yang dapat diambil oleh mana-mana pihak.
Pengeluaran Ditolak:
1. Mata wang kripto dihantar ke alamat dompet yang salah. Sila semak semula alamat dompet - disarankan untuk salin dan tampal (copy and paste) alamat dompet anda.
2. Mata wang kripto anda ditolak dan dikembalikan ke dompet kami. Ia mungkin kerana alamat dompet tidak tepat.
Sila semak:
a. Jika anda hantar mata wang kripto yang betul ke dompet yang disokong. Dompet ETH akan mengenalpasti token ICO tersebut, tetapi token tersebut mungkin atau mungkin tidak dikonfigurasi.
b. Jika anda hantar ke dompet yang tidak menerima pindahan daripada kontrak alamat dompet (contract wallet address). Dalam kes ini, anda perlu maklumkan khidmat pelanggan untuk memproses pengeluaran anda.
Biasanya, pihak kami akan menghubungi anda untuk menyelesaikan isu tersebut dan hanya berurusan ketika waktu bekerja.