Kami akan mulakan proses deposit hanya selepas dana diterima dan bukan semasa pindahan dilakukan daripada akaun bank anda.
Marketplace menerima deposit melalui DuitNow, Interbank GIRO & RENTAS.
Harap maklum bahawa RENTAS/Interbank Giro akan mengambil masa di antara 6-9 jam untuk masuk ke dalam akaun bank Marketplace.
*Oleh kerana pergerakan pasaran yang pantas, kami cadangkan pilihan DuitNow untuk deposit segera.
Waktu deposit adalah seperti berikut:
Hari Bekerja (Isnin - Jumaat kecuali hari cuti umum):
Dana yang diterima dari jam 9.30am - 9.30pm akan diproses dalam masa 1 jam.
Bukan Hari Bekerja (Sabtu, Ahad dan hari cuti umum):
Asas-usaha-terbaik (Best-effort-basis), jika gagal, dana akan diproses pada hari bekerja berikutnya.