Amat penting bahawa syarikat scammer dan syarikat sebenar dinyatakan bahawa berbeza supaya polis boleh menghubungi kita.
Bila membuat laporan polis, fakta-fakta ini kena letak dalam laporan:
1. Nama platform scammer: SINEGY GLOBAL (Atau apa-apa variasi nama ini)
2. Nama platform sebenar yang diiktirafkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Yang ditiru oleh scammer): SINEGY DAX
[Senarai Pertukaran Aset Digital yang Didaftarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia]
3. Jumlah dalam RM yang sudah dihantar kepada scammer. Kalau ada lebih dari satu hantaran, bagi jumlah setiap satu hantaran.
4. Tarikh-Tarikh yang berkenaan scammer macam tarikh kamu dihubungi oleh scammer, tarikh-tarikh duit yang dihantarkan kepada mereka, tarikh kamu diberikan iklan/promosi/etc. dan sebagainya.
5. Sebab-sebab kamu sedar bahawa ini ialah scam dan letakkan tarikh kalau berkenaan.
6. Nama-nama orang yang berkenaan dan cara-cara menghubungi mereka.
7. Bagaimana kamu dihubungi atau menghubungi scammer.
Juga, kesemua kenyataan/maklumat di atas kena di huraikan dalam cara cerita bersejarah dari tarikh pertama hingga tarikh terakhir.
Selepas sudah membuat laporan polis, amat penting bahawa kamu munghubungi NSRC(Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional) dengan talian nombor: 997
Tolong melihat senarai ini:
https://www.sc.com.my/bm/pemerkasaan-pelabur/amaran-pelabur/amaran-pelabur
Kalau scammer berada di dalam senarai ini, kamu kena memberitahu NSRC.