Awas terhadap kejuruteraan sosial dan aktiviti memancing data
Kami TIDAK AKAN meminta maklumat log masuk, kata laluan atau 2FA. Maklumat berikut adalah sulit dan TIDAK BOLEH dikongsi. 6-digit yang dijana secara rawak oleh program penyahihan 2FA dalam telefon pintar anda TIDAK BOLEH dikongsi. Elakkan melayan mesej dan email yang tidak berkaitan. Sentiasa waspada. Jika anda syak anda menjadi mangsa penipuan, hubungi Khidmat Pelanggan kami serta-merta.
Simpan maklumat sulit anda
Maklumat akaun log masuk anda adalah sulit, TERUTAMA kata laluan atau kekunci persendirian (private keys) (Jika anda memiliki dompet sendiri). Jika anda perlukan bantuan untuk log masuk, gunakan fungsi set semula kata laluan anda atau hubungi Khidmat Pelanggan kami.
Awas ketika melakukan transaksi
Waspada ketika melalukan pindahan mata wang kripto atau wang fiat. SINEGY tidak akan meminta maklumat anda untuk melalukan transaksi bagi pihak anda.
Patuhi peraturan asas keselamatan web
Laman web kami dilindungi menggunakan SSL/TLS untuk memberikan lapisan tambahan terhadap keselamatan dan integriti data. Kami melakukan ujian terhadap ancaman secara kerap. Pastikan anda melayari https://marketplace.sinegy.com/
Teknik perdayaan e-mel kerap digunakan dalam penipuan untuk membuatkan e-mel yang diterima kelihatan rasmi.
Anda hanya akan menerima e-mel daripada alamat yang berakhir dengan domain @sinegy.com. Seperti support@sinegy.com atau hello@sinegy.com. Perdayaan e-mel mungkin akan menggunakan alamat seperti hello@singy.com.
Sentiasa berhati-hati dan pastikan domain e-mel yang betul untuk mengelakkan anda berinteraksi dengan penghantar yang mencurigakan, terutamanya jika mereka meminta maklumat sulit anda.
Gunakan penyahihan 2-faktor (2-Factor Authenticator)
Semua pengguna SINEGY disarankan untuk mengaktifkan penyahihan 2-faktor (2FA) ketika menggunakan platform kami dan ketika membuat pengeluaran dana. Kami syorkan Google Authenticator atau Authy dan jangan sesekali nyahaktif 2FA anda.
Jika anda merasa curiga, hubungi kami untuk bantuan
Sentiasa berwaspada ketika menerima e-mel atau panggilan telefon yang mencurigakan. Jika anda perlukan bantuan untuk akaun anda atau ingin menghubungi kami, sila hubungi ejen Khidmat Pelanggan kami melalui media sosial atau laman Contact Us di : https://sinegy.zendesk.com/hc/en-us/requests/new