PENTING:
Baru-baru ini, kami dimaklumkan bahawa wujud pihak tidak bertanggungjawab menyamar sebagai warga kerja SINEGY dan menghubungi pelanggan kami untuk mendapatkan maklumat log masuk, kata laluan, dan butiran 2FA.
Warga kerja SINEGY TIDAK AKAN meminta maklumat log masuk, kata laluan atau 2FA. Maklumat berikut adalah sulit dan TIDAK BOLEH dikongsi.
Penyahihan Dua-Faktor (“2FA”) seperti Google Authenticator adalah untuk melindungi akaun anda seandainya log masuk dan kata laluan anda terdedah. JANGAN SESEKALI kongsi 6-digit yang dijana secara rawak dari telefon pintar anda.