PILIHAN RANGKAIAN (NETWORK) YANG SALAH DARIPADA BURSA (EXCHANGE) LAIN AKAN MENYEBABKAN ANDA KEHILANGAN DANA ETH SERTA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN
Semasa membuat pengeluaran ETH daripada bursa lain, pengguna akan diminta untuk memilih jenis rangkaian/rantai (network/chain) pindahan ETH.
Contoh seperti:
BNB - Binance Chain (BEP2)
BSC - Binance Smart Chain (BEP20)
ETH - Ethereum (ERC20)
dsb.
Jika tiada pilihan ditetapkan, ia akan menggunakan tetapan asal ETH - jenis rangkaian/rantai Ethereum (ERC20).
SINEGY - dan kebanyakan bursa lain - hanya menyokong deposit ETH dari luar yang menggunakan jenis rangkaian ETH - Ethereum (ERC20).
Kami tidak menyokong jenis rangkaian lain (juga dikenali sebagai "rantaian").
Kami hanya menyokong jenis rangkaian ERC20.
Jika dana anda berada di dalam rangkaian lain (Cth.:Binance) selain daripada rangkaian ETH (ERC-20), kami tidak dapat membantu anda untuk mendapatkan kembali dana tersebut.