Deposit dalam bentuk mata wang kripto akan diterima secara automatik selepas ia dihantar ke alamat dompet (wallet address) anda.
Untuk mengetahui alamat dompet:
1. Di bahagian kanan atas skrin, tekan seksyen "Funding" (Pendanaan) (Bulatan merah dalam tangkap layar (screenshot) di atas).
2. Di bawah tab "Deposit", klik senarai lungsurbawah "Currency Type" (Jenis Mata Wang) (Bulatan merah di atas) dan pilih "Digital Asset" (Aset Digital), jika ia belum terpilih secara sendiri.
3. Kemudian klik senarai lungsurbawah "Currency" (Mata Wang) di sebelahnya dan pilih mata wang kripto yang akan dideposit.
4. Alamat dompet mata wang kripto yang dipilih akan ditunjukkan seperti di bulatan merah di atas.
5. Hantar mata wang kripto ke alamat tersebut dan ia akan dikreditkan ke dalam akaun selepas selesai pengesahan dalam rangkaian.
Tip: Jika anda membuat deposit melalui telefon pintar, anda boleh imbas kod QR alamat (QR address), seperti dalam bulatan merah di atas.
Nota: Bitcoin akan dikredit selepas 3 pengesahan rangkaian dan 18 pengesahan rangkaian untuk Ethereum.