Pengeluaran mata wang kripto diproses pada masa sebenar, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun.
Untuk perhatian, mata wang kripto mengambil masa berbeza untuk masuk dari akaun anda ke dompet lain, wujud tempoh (Bergantung keadaaan trafik rangkaian) di antara pengeluaran dan sampai masuk ke alamat pengeluaran anda.
Nota Penting:
Mungkin terdapat situasi yang jarang di mana dompet panas (hot wallet) Marketplace mengalami masalah bekalan kerana pengeluaran yang kerap dan/atau jumlah besar dalam tempoh yang singkat. Dalam situasi ini, permohonan pengeluaran hanya boleh diproses sebelum hari bekerja berikutnya berakhir.
Hari Bekerja (Isnin - Jumaat kecuali hari cuti umum)
Ini berlaku kerana kebanyakan mata wang kripto kami disimpan secara luar talian (offline) dalam dompet sejuk (cold wallet) yang berada di lokasi berbeza sebagai langkah keselamatan. Kami membuat sandaran dan penyamaan (backup and synch) di antara dompet panas dan sejuk secara kerap, serta terdapat tatacara yang perlu dipatuhi oleh pihak terlibat untuk membenarkannya berdasarkan panduan kawal selia. Ia memakan masa, tetapi wajib untuk memastikan mata wang kripto anda selamat.