Jika anda berikan alamat pengeluaran mata wang kripto yang tidak sah:
Jika anda masukkan alamat dompet (wallet address) yang tidak tepat dari segi format atau mata wang kripto berbeza, ia mungkin akan ditolak dan transaksi tidak akan berlaku. Akan tetapi, ia juga mungkin dilaksanakan - jika berlaku, dana anda tidak dapat dikembalikan dan akan hilang selama-lamanya.
Jika anda berikan alamat pengeluaran mata wang kripto yang bukan milik anda:
Transaksi blok rantai (blockchain) tidak boleh di kembalikan. Satu-satunya cara untuk mendapatkan kembali mata wang kripto anda adalah untuk menghubungi pemilik alamat tersebut. Jika anda tidak dapat menghubungi pemilik, atau alamat tersebut tidak mempunyai pemilik, dana anda tidak dapat dipulangkan.
Oleh itu, kami syorkan anda untuk semak alamat pengeluaran mata wang kripto anda berkali-kali semasa membuat transaksi. Anda disarankan untuk menggunakan teknik salin dan tampal (copy and paste) semasa mengisi alamat dompet.