Selamat datang ke langkah keempat Panduan Langkah-Demi-Langkah.
Ini adalah panduan untuk mendeposit mata wang kripto ke dalam SINEGY Marketplace untuk membuat penjualan mata wang kripto.
1. Anda boleh mulakan tutorial ini setelah anda berjaya log masuk dan mendapat pengesahan penuh.
2. Untuk pertama kali membuat deposit mata wang kripto, anda harus menjana alamat dompet (wallet address) terlebih dahulu.
Caranya akan ditunjukkan dalam bahagian ini. Jika anda telah menjana alamat dompet, sila langkau ke "Bagaimanakah cara untuk Mendeposit Mata Wang Kripto ke dalam akaun Marketplace" di bawah.
Bagaimanakah cara untuk menjana Alamat Dompet (Wallet Address) baharu:
1. Di laman utama, klik butang "Wallet" (Dompet) di bahagian atas kanan, kemudian klik tab "Wallet Address" (Alamat Dompet) yang dipaparkan.
2. Jika anda belum menjana alamat dompet (wallet address), anda akan lihat skrin seperti di bawah. Klik butang "To Generate A Wallet" (Jana Dompet) yang berwarna biru.
Nota*: Anda dikehendaki untuk melakukan proses ini untuk setiap mata wang kripto (BTC dan ETH) secara berasingan.
3. Jika berjaya, anda akan lihat mesej yang berwarna hijau muncul di bahagian kanan skrin.
4. Itu sahaja cara untuk menjana Wallet Address (Alamat Dompet) baharu anda. Anda dapat lihat halaman tersebut dikemaskini dengan Wallet Address (Alamat Dompet) seperti di bawah:
Bagaimanakah cara untuk mendeposit Mata Wang Kripto ke dalam Akaun Marketplace:
1. Klik tab "Funding" (Pendanaan) di bahagian atas kanan halaman.
2. Klik "Digital Asset" (Aset Digital) dalam kotak lungsurbawah (dropdown) di bahagian "Currency Type" (Jenis Mata Wang). Ia akan menunjukkan halaman deposit Cryptocurrency (Mata Wang Kripto).
3. Untuk memilih jenis Mata Wang kripto anda, pilih sama ada BTC atau ETH dalam kotak ke bawah (dropdown) di bahagian "Currency" (Mata wang). BTC dipilih secara lalai.
4. Alamat deposit akan ditunjukkan seperti di bawah. Semua jenis mata wang kripto akan memaparkan alamat tersendiri di ruang yang sama.
5. Setelah mata wang kripto anda diterima (Sila klik di sini untuk jumlah pengesahan rangkaian (network confirmation) sebagai anggaran tempoh penerimaan), baki akaun anda akan dikemaskini secara automatik tanpa perlu membuat permohonan atau menunggu pengesahan.
Selesai! Anda boleh mula berdagang menggunakan dana yang diterima.
Untuk panduan berdagang, sila rujuk: Langkah 5: Bagaimana Caranya untuk Mula Berdagang - Gambaran Keseluruhan