Selamat datang ke bahagian pertama dalam Panduan Langkah-Demi-Langkah
Ia mengandungi tutorial ringkas untuk pedagang baharu menggunakan Marketplace.
Langkah pertama adalah untuk anda mendaftar akaun perdagangan di SINEGY Marketplace.
Cara untuk Mendaftar:
1. Pergi ke laman utama Marketplace: https://marketplace.sinegy.com
2. Klik butang "Create an Account " (Buka Akaun) yang terletak di bahagian atas kanan.
3. (i) Di skrin seterusnya, taip masuk alamat e-mel dan tetapkan kata laluan anda.
Kata laluan anda seharusnya memiliki:
(a) LAPAN (8) aksara
(b) Sekurang-kurangnya SATU(1) huruf besar
(c) Sekurang-kurangnya SATU(1) huruf kecil
(d) Sekurang-kurangnya SATU(1) nombor
(e) Sekurang-kurangnya SATU(1) huruf istimewa (Cth. *.!@$%^&(){}[]:;<>,.?~_+-=/|)
(ii) Taip semula kata laluan dalam ruang "Confirm Password" (Sahkan Kata Laluan)
(iii) Tanda pada kotak pilihan setelah selesai membaca penyataan "Risks of Trading Digital Assets" (Risiko Berdagang Aset Digital).
(iv) Klik butang "Create Account" (Buka Akaun) yang berwarna hijau.
4. Jika tiada masalah, e-mel pengesahan akan dihantar ke e-mel anda.
5. Sila semak e-mel pengesahan dalam akaun email anda. Klik butang "Verify Email" (Sahkan E-mel) dalam e-mel yang diterima.
6. Pengesahan ini bertujuan untuk memastikan akaun e-mel ini milik anda.
Anda akan dibawa ke tetingkap pelayar baharu untuk pengesahan pertama kali.
Mesej tentang e-mel anda berjaya disahkan akan dipaparkan.
7. Taip masuk alamat e-mel dalam kotak "Email" (E-mel) dan kata laluan yang telah disahkan sebentar tadi. Klik butang "Start Trading" (Mula Berdagang) yang bewarna hijau.
8. Tahniah! Anda kini berdaftar dan telah berjaya log masuk ke dalam Marketplace. Anda akan dibawa terus ke laman Pengesahan Akaun.
Langkah seterusnya adalah: Langkah 2: Bagaimana Caranya untuk Sahkan Akaun Baharu Anda.