Selamat datang ke artikel ketiga dalam langkah kelima Panduan Berdagang Langkah-Demi-Langkah.
Ini adalah panduan untuk menjual mata wang kripto dengan segera pada harga pasaran (market price).
Jika anda ingin baca tentang cara lain berdagang, anda boleh langkau ke panduan berikut:
- Langkah 5 - Artikel 1: Bagaimana beli Mata Wang Kripto dengan segera pada Harga Pasaran (Market Price)?
- Langkah 5 - Artikel 2: Bagaimana beli Mata Wang Kripto pada Harga yang anda tetapkan?
- Langkah 5 - Artikel 4: Bagaimana jual Mata Wang Kripto pada Harga yang anda tetapkan?
Jika tidak, teruskan membaca.
Andai kata anda ingin menjual 1 BTC segera pada harga semasa pasaran:
1. Pastikan anda berada di laman "Exchange" (Bursa).
2. Klik tab "Market Order" (Pesanan Pasaran) dan klik "Market Sell". Ini bermakna anda memilih harga semasa pasaran (Harga belian BTC termahal).
Dengan ini, anda menjadi "Market Taker" kerana menjual kepada pesanan sedia ada dalam buku pesanan.
Oleh kerana itu, anda membayar fi 'taker' (0.5% ketika artikel ini ditulis).
3. Kemudian letak jumlah BTC yang ingin dijual dalam ruang "Amount" (Jumlah). Tekan butang "Sell BTC" (Jual BTC) yang berwarna merah.
4. Setelah pesanan anda berjaya dilaksanakan, mesej yang berwarna hijau seperti di bawah akan muncul di bahagian kanan skrin:
5. Selesai! Anda berjaya menjual mata wang kripto.