Selamat datang ke langkah kelima Panduan Langkah-Demi-Langkah.
Ini adalah bahagian teori tentang bagaimana perdagangan berfungsi secara am di SINEGY Marketplace.
Jika anda memahami asas 'market maker' dan 'market taker', anda boleh langkau bahagian ini ke artikel di bawah:
- Langkah 5 - Artikel 1: Bagaimana membeli Mata Wang Kripto dengan segera pada Harga Pasaran (Market Price)?
- Langkah 5 - Artikel 2: Bagaimana membeli Mata Wang Kripto pada Harga yang anda tetapkan?
- Langkah 5 - Artikel 3: Bagaimana menjual Mata Wang Kripto dengan segera pada Harga Pasaran (Market Price)
- Langkah 5 - Artikel 4: Bagaimana menjual Mata Wang Kripto pada Harga yang anda tetapkan?
Jika tidak, teruskan membaca.
Terdapat 2 cara untuk berdagang di mana-mana bursa (exchange).
Beli/Jual Mata Wang Kripto dengan segera pada harga pasaran = Anda dipanggil "Market Taker"
Beli/Jual Mata Wang Kripto pada harga yang anda tetapkan = Anda dipanggil "Market Maker".
Apa itu Market Maker?
Bayangkan anda memiliki sebuah kedai runcit. Kedai runcit anda menjual pisang, jadi anda menetapkan harga pisang untuk dijual.
Anda adalah Market Maker.
Kelebihan menjadi Market Maker adalah biasanya bursa akan mengenakan fi dagangan yang rendah. SINEGY Marketplace memberikan kelebihan dengan sebaliknya membayar anda sebagai Market Maker (rebat 'maker').
Anda tidak dikenakan fi untuk berdagang. Satu-satunya bursa di Malaysia yang menawarkan kelebihan ini.
Kekurangannya adalah anda perlu menunggu pembeli (Market Taker).
Contoh: Anda ingin menjual 1 BTC pada harga RM 270,000.
1. Anda boleh letakkan Order Limit (Pesanan Had) "Sell"(Jual) 1 BTC pada harga RM270,000;
2. Pesanan anda akan muncul di bahagian "Ask" (Tawar) dalam buku pesanan (orderbook).
3. Jika "Market Taker" membeli seluruh BTC anda pada harga RM 270,000, BTC anda terjual dan berikut adalah contoh amaun yang anda bayar/terima:
- Anda menerima RM270,000 untuk penjualan BTC.
- Anda menghantar 0.9975 BTC. Anda menyimpan 0.0025 BTC kerana rebat 'maker' yang dibayar bursa. (0.25% ketika artikel ini ditulis) [0.25% daripada 1 BTC adalah 0.0025 BTC].
Ini bermakna anda bayar/terima:
- Anda menerima bayaran penuh untuk 1 BTC.
- Anda jimat 0.0025 BTC = Rebat Maker
- Anda hanya bayar 0.9975 BTC
(Nota*: Jika anda menjual, anda akan menerima RM675.)
Untuk menjadi Market Maker, sila rujuk panduan berikut:
- Langkah 5 - Artikel 2: Bagaimana membeli Mata Wang Kripto pada Harga yang anda tetapkan?
- Langkah 5 - Artikel 4: Bagaimana menjual Mata Wang Kripto dengan Harga yang anda tetapkan?
Apa itu Market Taker?
Bayangkan anda pergi ke sebuah kedai runcit. Anda ingin membeli pisang, anda lihat harga pisang tersebut dan ingin membelinya serta merta.
Anda adalah Market Taker.
Kelebihan menjadi Market Taker adalah pesanan anda akan dilaksanakan serta merta.
Kekurangannya adalah anda harus membayar fi dagangan - dipanggil fi 'taker' dan harga dagang ditetapkan oleh individu lain (Market Maker).
Contoh: Anda ingin membeli 1 BTC tetapi tidak tahu harga pasaran (market price) (atau kadar semerta 'spot rate')
1. Anda lihat pesanan yang termurah di bahagian "Ask" (Tawar) dalam buku pesanan (orderbook). Ia sentiasa di baris teratas bahagian "Ask" (Tawar).
2. Anda lihat pesanan menjual 1 BTC pada harga RM270,000.
3. Anda berkenan dengan harga tersebut dan membeli 1 BTC tersebut.
4. Ini bermakna anda bayar/terima:
- Anda membayar RM270.000.
- Anda menerima 0.995 BTC. Anda kekurangan 0.005BTC kerana membayar fi dagangan (0.5% ketika artikel ini ditulis) [0.5% daripada 1 BTC adalah 0.005 BTC].
Untuk panduan menjadi Market Taker, sila rujuk artikel berikut:
Langkah 5 - Artikel 1: Bagaimana membeli Mata Wang Kripto dengan segera pada Harga Pasaran?
Langkah 5 - Artikel 3: Bagaimana menjual Mata Wang Kripto dengan segera pada Harga Pasaran?