Selamat datang ke langkah ketiga dalam Panduan Langkah-Demi-Langkah.
Ini adalah panduan untuk mendeposit Ringgit Malaysia (RM) ke dalam SINEGY Marketplace untuk membuat pembelian mata wang kripto.
Sebelum itu, anda dikehendaki memberikan butiran akaun bank. Ia diperlukan untuk membuat deposit dan pengeluaran - ia juga keperluan wajib pihak kawal selia kerana transaksi pihak ketiga (Pindahan bank ke/dari akaun yang bukan milik anda) tidak dibenarkan.
Setelah selesai, anda boleh membuat deposit dan/atau pengeluaran daripada akaun bank yang telah didaftarkan.
Jika anda telah membuat penambahan akaun bank, sila langkau ke "Bagaimanakah cara untuk mendeposit Ringgit Malaysia ke dalam Akaun Marketplace anda" di bawah.
Bagaimanakah cara untuk menambah butiran Akaun Bank:
1. Setelah anda selesai log masuk, klik tab "Account" (Akaun) di bahagian atas kanan.
2. Seterusnya, klik tab "Bank Information" (Informasi Bank) di bahagian kiri skrin.
3. Seterusnya, klik butang "Add New Bank Account" (Tambah Akaun Bank Baharu) yang berwarna biru di bahagian kanan.
4. Seterusnya, pilih bank anda daripada senarai lungsurbawah (drop-down list) yang tersedia.
5. Selepas itu, isi nombor akaun anda dalam ruang "Bank Account Number" (Nombor Akaun Bank). Klik butang "Save" (Simpan) yang berwarna hijau.
6. Jika anda ingin tambah lebih akaun bank, sila klik "Add Bank Account +" (Tambah Akaun Bank +) yang berwarna biru di bahagian kanan skrin.
7. Langkah untuk membuat tambahan akaun bank sama seperti langkah menambah akaun bank baharu. Jadi, ulang Langkah 4 dan 5 di atas.
Bagaimanakah cara untuk mendeposit Ringgit Malaysia ke dalam Akaun Marketplace anda:
8. Setelah anda selesai log masuk, klik tab "Funding" (Pendanaan) di bahagian atas kanan skrin.
9. Pastikan tab "Deposit" memaparkan, "Currency Type" (Jenis Mata Wang) adalah "Fiat" dan "Currency" (Mata Wang) adalah "Malaysian Ringgit" (Ringgit Malaysia) seperti dalam bulatan yang berwarna merah di bawah: Nota: Jika anda membuat pindahan menggunakan Telegraphic Transfer (Pindahan Bertelegraf), sila klik butang "International Wire Transfer" (Pindahan Kawat Antarabangsa).
10. Seterusnya, taip jumlah yang anda inginkan dalam ruang "Amount" (Jumlah) dan pilih bank yang akan anda gunakan.
Nota: Sila gunakan "Instant Transfer (IBFT)" (Pindahan Segera (IBFT)/DuitNow) dan bukan GIRO (IBG). Jika anda menggunakan GIRO (IBG), deposit anda akan lewat bergantung kepada tempoh proses bank dan juga SINEGY.
11. Sila buat pindahan dana anda berdasarkan butiran bank di seksyen "Transfer the funds to this account" (Pindahan ke akaun ini) seperti yang ditunjukkan dalam ruang yang berwarna merah di bawah.
12. Setelah anda melengkapkan segala butiran, klik butang "Submit" (Hantar) yang berwarna hijau di bahagian bawah.
13. Jika semuanya betul, skrin pengesahan seperti di bawah akan dipaparkan:
Setelah deposit anda diproses oleh pasukan kami, anda boleh mula berdagang atau mendeposit mata wang kripto. Panduan seterusnya akan membantu anda: Langkah 4: Bagaimanakah cara untuk Mendeposit Mata Wang Kripto (BTC & ETH)?
Jika anda ingin mula membeli Mata Wang Kripto, sila baca panduan ini:
Langkah 5: Bagaimana Caranya untuk Mula Berdagang - Gambaran Keseluruhan