Selamat datang ke artikel keempat dalam langkah kelima Panduan Berdagang Langkah-Demi-Langkah.
Ini adalah panduan untuk menjual mata wang kripto pada harga yang anda tetapkan.
Jika anda ingin baca tentang cara lain berdagang, anda boleh langkau ke panduan berikut:
- Langkah 5 - Artikel 1: Bagaimana beli Mata Wang Kripto dengan segera pada Harga Pasaran (Market Price)
- Langkah 5 - Artikel 2: Bagaimana beli Mata Wang Kripto pada Harga yang anda tetapkan?
- Langkah 5 - Artikel 3: Bagaimana jual Mata Wang Kripto dengan segera pada Harga Pasaran (Market Price)?
Jika tidak, teruskan membaca.
Andai kata anda ingin menjual 1 BTC pada harga yang anda tetapkan:
1. Pastikan anda berada di laman "Exchange" (Bursa).
2. Pertama sekali, nota ringkas tentang maksud harga di bahagian 'bid' (bida) dan 'ask' (tawar) dalam buku pesanan (orderbook):
Bid side (Ruang Bida) =
i. Di bahagian kiri buku pesanan dengan nombor yang berwarna hijau.
ii. Harga termahal di bahagian 'bid' (bida) menunjukkan harga tertinggi yang sanggup dibayar oleh pembeli - ia sentiasa di baris teratas. Diikuti harga termurah mengikut giliran menurun.
Ask side (Ruang Tawar) =
i. Di bahagian kanan buku pesanan dengan nombor yang berwarna merah.
ii. Harga termurah di bahagian 'ask' (tawar) menunjukkan harga terendah yang sanggup diterima oleh penjual - ia sentiasa di baris teratas. Diikuti harga termahal mengikut giliran menaik.
Untuk tetapkan harga, anda boleh:
a. Taip harga (per 1 unit mata wang kripto - Cth. 1 BTC atau 1 ETH) yang anda sanggup bayar di ruang "Price" (Harga).
Nota*: Harga yang anda tetapkan harus lebih mahal daripada harga yang dipaparkan di bahagian ‘bida' (bida) buku pesanan. Jika anda tetapkan harga yang lebih murah daripada itu, pesanan mata wang kripto anda dijual pada harga tertinggi secara automatik. Oleh kerana anda menjual dengan segera daripada pesanan sedia ada, anda menjadi "Market Taker" dan dikenakan fi 'taker' (0.5% ketika artikel ditulis).
b. Pilih mana-mana harga yang berada di bahagian ‘ask’ (tawar) buku pesanan. Ini bermakna anda mengikut harga pesanan sedia ada.
Dengan itu, anda menjadi "Market Maker" kerana anda membuat pesanan dan menunggu pedagang lain untuk membeli.
Oleh kerana itu, anda membekalkan kecairan dan akan terima rebat maker (0.25% ketika artikel ditulis).
Untuk maklumat lanjut tentang Market Makers, Market Takers & rebat/fi, sila rujuk artikel ini:
Langkah 5 : Bagaimana Mula Berdagang - Gambaran Keseluruhan
3. Kemudian, letak jumlah BTC yang dikehendaki di ruang "Amount" (Jumlah). Tekan butang "Sell BTC" (Jual BTC) yang berwarna merah.
4. Setelah pesanan anda berjaya dilaksanakan, anda akan lihat mesej yang berwarna hijau seperti di bawah muncul di bahagian kanan skrin:
5. Selesai! Anda berjaya menjual mata wang kripto pada harga yang anda tetapkan.