Selamat datang ke langkah keenam Panduan Langkah-Demi-Langkah.
Ini adalah panduan untuk membuat pengeluaran dalam Ringgit Malaysia (RM) daripada SINEGY Marketplace.
Nota: Jika anda ingin membuat pengeluaran dalam bentuk mata wang kripto, sila rujuk artikel "Langkah 7: Bagaimana cara untuk membuat pengeluaran Mata Wang Kripto (BTC/ETH)?".
Sebelum itu, anda dikehendaki memberikan butiran akaun bank. Ia diperlukan untuk membuat deposit dan pengeluaran - ia juga keperluan wajib pihak kawal selia kerana transaksi pihak ketiga (Pindahan bank ke/dari akaun yang bukan milik anda) tidak dibenarkan.
Setelah selesai, anda boleh membuat deposit dan/atau pengeluaran daripada akaun bank yang telah didaftarkan.
Jika anda telah membuat penambahan akaun bank, sila langkau ke "Bagaimanakah cara untuk membuat pengeluaran Ringgit Malaysia daripada Akaun Marketplace anda" di bawah.
Bagaimanakah cara untuk menambah butiran Akaun Bank:
1. Setelah anda selesai log masuk, klik tab "Account" (Akaun) di bahagian atas kanan.
2. Seterusnya, klik tab "Bank Information" (Informasi Bank) di bahagian kiri skrin.
3. Seterusnya, klik butang "Add New Bank Account" (Tambah Akaun Bank Baharu) yang berwarna biru di bahagian kanan.
4. Seterusnya, pilih bank anda daripada senarai nama bank lungsurbawah (drop-down list) yang tersedia.
5. Selepas itu, isi nombor akaun anda dalam ruang "Bank Account Number" (Nombor Akaun Bank). Klik butang "Save" (Simpan) yang berwarna hijau.
6. Jika anda ingin tambah lebih akaun bank, sila klik "Add Bank Account +" (Tambah Akaun Bank +) yang berwarna biru di bahagian kanan skrin.
7. Langkah untuk membuat tambahan akaun bank sama seperti langkah menambah akaun bank baharu. Jadi, ulang Langkah 4 dan 5 di atas.
Bagaimanakah cara untuk membuat pengeluaran Ringgit Malaysia daripada Akaun Marketplace anda:
8. Setelah anda selesai log masuk, klik tab "Funding" (Pendanaan) di bahagian atas kanan skrin. Kemudian, klik tab "Withdrawal" (Pengeluaran).
9. Pastikan tab "Withdrawal" (Pengeluaran) memaparkan, "Currency Type" (Jenis Mata Wang) adalah "Fiat" dan "Currency" (Mata Wang) adalah "Malaysian Ringgit" (Ringgit Malaysia) seperti yang ditunjukkan dalam bulatan yang berwarna merah di bawah:
10. Next, type in the amount that you wish to withdraw into the "Amount" textbox and choose the bank that you will be withdrawing the funds to. Seterusnya, taip jumlah yang diinginkan ke dalam ruang "Amount" (Jumlah) dan pilih bank yang akan anda gunakan.
Anda hanya dibenarkan untuk menggunakan bank yang telah didaftarkan dengan SINEGY.
Setelah pilihan dibuat, sila semak semula butiran maklumat yang dipaparkan di bahagian "Bank Information" (Maklumat Bank).
Nota: Semua proses pengeluaran menggunakan IBG dan dana anda akan diterima bergantung kepada tempoh proses IBG pihak bank.
11. Klik butang "Confirm" (Sahkan) yang berwarna hijau akan memaparkan skrin pengesahan untuk semakan anda:
12. Jika butiran yang dipaparkan betul dan tepat, klik butang "Confirm" (Sahkan) yang berwarna hijau.
13. Kod penyahihan 2FA anda akan diperlukan. Setelah anda menaip masuk kod tersebut, klik butang "Withdraw" (Pengeluaran) yang berwarna merah.
14. Jika semuanya betul, skrin pengesahan seperti di bawah akan dipaparkan:
Setelah pengeluaran anda diproses oleh pasukan kami (biasanya 1 hari bekerja), pindahan dibuat melalui IBG dan tempoh penerimaan bergantung kepada proses IBG pihak bank.
Itu sahaja langkah diperlukan untuk membuat pengeluaran mata wang fiat (RM) daripada SINEGY Marketplace!