Selamat datang ke langkah ketujuh dalam Panduan Langkah-Demi-Langkah.
Ini adalah panduan untuk membuat pengeluaran Mata Wang Kripto (BTC/ETH) daripada SINEGY Marketplace.
Nota: Jika anda ingin membuat pengeluaran Ringgit Malaysia (RM) sila rujuk artikel "Langkah 6: Bagaimanakah cara untuk mengeluarkan Ringgit Malaysia (RM)?"
1. Setelah anda selesai log masuk, klik tab "Funding" (Pendanaan) di bahagian atas kanan skrin. Kemudian, klik tab "Withdrawal" (Pengeluaran).
2. Pastikan tab "Withdrawal" memaparkan, "Currency Type" (Jenis Mata Wang) adalah "Digital Asset" (Aset Digital" dan "Currency" (Mata Wang) adalah "Bitcoin" atau "Ethereum" - bergantung kepada mata wang kripto yang anda ingin keluarkan - seperti dalam bulatan yang berwarna merah di bawah:
3. Seterusnya, taip masuk jumlah yang diinginkan dalam ruang "Amount" (Jumlah). Untuk makluman, fi pengeluaran akan ditolak berdasarkan jumlah yang dimasukkan, seperti yang ditunjukkan di kotak sebelah kanan. Untuk maklumat lanjut tentang fi pengeluaran, sila rujuk artikel fi pengeluaran.
4. Salin dan tampal (copy and paste) alamat dompet (wallet address) ke dalam ruang disediakan (Jika boleh, elakkan menaip masuk alamat secara sendiri). Jika alamat yang diberikan adalah sah, tanda "Valid" (Sah) yang berwarna hijau akan muncul di bahagian kanan.
Kemudian, klik butang "Confirm" (Sahkan) yang berwarna hijau.
Penting*: Pastikan alamat dompet (wallet address) adalah betul dan tepat, jika mata wang kripto dihantar ke alamat yang salah, ia tidak dapat dikembalikan.
5. Halaman Withdrawal Confirmation (Pengesahan Pengeluaran) akan dipaparkan. Sila semak kembali jumlah dan yang penting, alamat dompet (wallet address) yang diberikan. Jika semuanya betul dan tepat, klik butang "Confirm" (Sahkan) yang berwarna hijau.
6. 2 set kod akan diperlukan:
1. Kod yang diterima melalui e-mel yang telah didaftarkan dengan SINEGY Marketplace.
2. Kod penyahihan 2FA anda.
Nota: Langkah keselamatan tambahan ini adalah untuk memastikan bahawa anda memiliki kawalan penuh terhadap akaun serta memiliki akses akaun e-mel dan juga telefon anda.untuk melakukan aktiviti pengeluaran.
Untuk mendapatkan kod melalui e-mel, klik butang "Request Code" (Mohon Kod) yang berwarna biru.
7. E-mel akan diterima seperti ditunjukkan di bawah. Sila semak e-mel anda dan salin kod yang disertakan (Sama seperti dalam gambar).
Nota: Pastikan e-mel yang diterima adalah rasmi daripada kami (Daripada noreply@sinegy.com). Jika bukan, hubungi bantuan khidmat pelanggan kami dengan segera.
8. Kembali ke skrin SINEGY Markeplace dan tampal kod di ruang Authorization Code (Kod Pengesahan).
9. Kemudian, periksa aplikasi 2FA (Pastikan ia berdaftar dengan SINEGY Marketplace untuk kod 2FA) untuk kod 2FA anda, salin dan tampal kod tersebut ke dalam ruang "Two Factor Authentication Code" (Kod Penyahihan Dua-Faktor).
Sila semak semula kedua-dua kod, kemudian klik butang "Withdraw" yang berwarna merah.
10. Jika semuanya betul, skrin pengesahan seperti di bawah akan dipaparkan:
Pengeluaran Mata Wang Kripto akan diproses serta merta oleh SINEGY Marketplace, namun ia akan mengambil masa untuk diterima bergantung kepada jumlah pengesahan transaksi mengikut blok rantai (blockchain) yang dipilih.
Untuk BTC, anggaran masa yang diambil adalah daripada 20 minit hingga 2 jam, pada kebiasaannya. Untuk ETH, anggaran masa yang diambil adalah daripada 3 minit hingga sejam, pada kebiasaanya. Kes yang luar biasa mungkin berlaku menyebabkan tempoh yang diambil menjadi lebih lama, jika ia berlaku sila hubungi khidmat pelanggan kami.
Itu sahaja langkah diperlukan untuk membuat pengeluaran mata wang kripto (BTC/ETH) daripada SINEGY Marketplace!